1. Nama saintifik belangkas adalah 'limulus polyphemus'. Limulus bermaksud serong, tidak seimbang. Polyphemus ialah nama seorang gergasi dari mitos Greek yang lebih dikenali sebagai 'cyclops'. Ia terdiri daripada keluarga Xiphosura yang bermaksud ekor pedang. (Xipho = Pedang, Ura = Ekor)
2. Terdapat 4 jenis belangkas yang diklasifikasikan saintis. Tiga daripada empat jenis belangkas ini terdapat di kawasan perairan dan persisiran pantai Asia Tenggara.
3. Oleh kerana belangkas telah hidup sejak 450 juta tahun dahulu, ia lebih dikenali sebagai fosil hidup (living fossil) dalam kalangan pakar saintis ekologi.
4. Darah belangkas adalah terdiri daripada hemocyanin dan bukan hemoglobin (seperti manusia dan binatang lain). Hemocyanin ini pekat dengan kuprum (copper) menyebabkan darahnya berwarna biru.
5. Pengambilan darah biru belangkas untuk dijadikan antitoksin dilakukan pada belangkas yang hidup. Belangkas ini akan dibawa ke makmal untuk proses pengambilan darah dan kemudiannya dilepaskan semula ke laut. Hanya sebahagian kecil sahaja yang tidak dapat meneruskan kehidupan selepas pengambilan darah (3% - 15% risiko kematian).
6. Selain digunakan sebagai kemudi dan 'tongkat', ekor belangkas digunakan sebagai 'penolak' seandainya belangkas tersebut terbalik akibat dihentam ombak.
7. Pepatah "tidak berpisah seperti belangkas" digambarkan seperti belangkas yang sedang mengawan dimana belangkas jantan akan melekat pada belangkas betina sepanjang proses mengawan. Belangkas betina akan 'membawa' belangkas jantan tersebut kemana saja sepanjang proses mengawan.
8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menetapkan bahawa hukum memakan daging / isi dan telur belangkas adalah harus kerana belangkas bukanlah haiwan dua alam seperti yang disangka. (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya
)
9. Status belangkas adalah tidak terancam tetapi ia masih dibawah penyeliaan kerana haiwan ini merupakan antara spesies haiwan yang tertua didunia, melebihi majoriti umur haiwan dan tumbuhan lain.
10. Belangkas tidak mempunyai hari dedikasi tersendiri.
No comments:
Post a Comment